Saturday, December 8, 2012

Pulau Pangkor pilihan kami

Assalamualaikum :)

cuti sekolah dah masuk bulan 12 bermakna hanya beberapa minggu saja lagi untuk bercuti.. huarrhh.. kenapa cepat sangat ? aku baru dapat menikmati percutian sekolah satu family..mula mula aku minta pergi KL ,  mama aku cakap sana banjir , hujan.. so aku diam ! mama cakap nak ajak pergi Melaka. tak nak pulak. abang abang aku dengan ayah pakat dah pergi atas urusan tertentu cuma aku sahaja tak pernah jejak bahagian tenggara tu. betul ka geografi aku ni ? lantak! aku dah tak pegang buku .haha. last minutes kitaorang packing terus tanpa discusion banyak banyak. aku masuk ja pakaian aku untuk 2 hari. kitaorang pergi 5 haribulan balik 6 haribulan. 

5 jam dalam kereta macam macam gaya kitaorang tidur.. yang gaya tidur tu aku la.. siapa kisah ? abang abang aku pakat gelak ada la .. haha . tut tup sampai jugak Lumut, Perak. pusing punya pusing nak cari hotel , dapat juga hotel depan waterfront HOTEL DJ HOLIDAY semalam rm 180. padan lah dengan family aku .nama pun family. bilik ? ok. tak terlalu sempit. almari ? ada . tv , peti ais ? ada. apa yang tak cukupnya ? memang dah cukup nak tidur saja.

6 haribulan .8 pagi. kitaorang jalan kaki beli tiket , naik bot , pergi pulau pangkor. kitaorang pergi ni pun memang tak rancang apa apa pun. sampai jeti pulau pangkor buntu tak tahu nak jalan jalan naik apa. so , kitaorang nak lari dari penjual penjual depan jeti. *ingatkan* rupa rupa nya (penjual penjual ) tu sebenarnya tauke bas , motor , kereta untuk disewa mengikut jam. tauke tu dapat bodek bapak aku. ye lah , buat dia tipu tak ke naya kami semua. kereta wira warna kelabu dengan pasir . haha. mungkin budak budak punya kaki tak reti nak ketuk kaki dalam bahasa kedah.

aircondition ? ada. pintu ? hah! meh aku nak habak sat. abang aku nak bukak pintu dari dalam tak boleh . pehal ni kereta sewa ni. dengan geram sangat abang aku bukak tingkap dan buka pintu dari luar. heh. cuba fikir . tak kan nak buat benda yang sama setiap kali berhenti or turun ? penat lah macam tuh. tetiba mama aku dapat idea. kereta macam ni aku memang tak tau nak buat .so , mama aku buka pintu dan tekan punat kecil bahagian dalam. in the case , berjaya dan genius juga mama aku dalam bab kereta. haaha. i love you mama !  

pulau pangkor ni tak lah banyak tempat menarik. laut biru memang aku suka. resort ada.. ikan bilis ! yes. ikan bilis tu tak akan terlepas dari ekopelancongan . nak tarik pelancong luar lah katakan. aku tau kopen pun ada ikan bilis. haha. kilang pun sama apa. *entah* . habis borong ikan ikan yang ada dalam kilang tu dah tiba masanya untuk hantar balik kereta sewa wira . yang hairan nya apa pasal tak habis minyak. so ,kitaorang pun blah dari tempat sewa and menuju ke jeti. 


sampai pengkalan lumut  terus masuk hotel untuk packing and check out hotel pukul 2.30. pusing pusing lumut abang abang aku ada beli baju ..aku ? tak dapat. entah kenapa mama aku tak bagi beli kalau mama aku pun tak bekenan. sadless. dalam kereta aku terus monyok tanda protes tak dapat barang yang aku nak . aku buat keputusan untuk terus tidur saja. pukul berapa aku bangun entah lew.. 

tepat pukul 11 malam , tiba di rumah. so , pulau pangkor ada satu tempat yang kitaorang tak pergi. tempat tu ialah mandi di pulau. masa tu kain baju apa pun tak bawak semata mata nak jalan jalan je. apa yang aku dapat. tengok gelagat budak budak mandi air pulau. aku pun dapat juga basahkan kaki , tangan . daripada tak dapat mandi terus dapat lah juga merasa air laut. hihi!
notefoot : i'm so sorry about this entry. you can see that i don't put any picture. imiginasi boleh tak ? :)













Sunday, April 1, 2012

BAHULU TRADISI MELAYU

01.04.2012
ahad. 


ASSALAMUAIKUM. :)
qilah saja-saja nak update blog tentang kuih bahulu . nyum-nyum.. sedap kan ? jom kita buat nak ? ni cara-cara nya. :)


Bahan-Bahan:

semangkuk telur ayam (sederhana besar)
semangkuk gula pasir
setengah kilo tepung gandum
sedikit minyak masak
acuan kuih bahulu atau kuih cara 
Goreng tepung sampai masak.
Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali dan berwarna kekuningan.
Ini agar kuih jadi ringan.

Cara:

Pukul telur dan gula sampai kembang. Setelah kembang asingkan sedikit. Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.Campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan.
Bakar sehingga masak.

Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan atau dijamu pada minum petang atau dihari-hari perayaan.

Tambahan:

Turunkan resepi ini kepada anak cucu kita agar kuih tradisi melayu ini kekal sepanjang zaman.
Resepi ini adalah resepi asal turun temurun datuk nenek yang diperturunkan ibu kepada cucu tersayang. Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Pada awalnya bentuk Bujur telur & Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai muffin crusty oleh orang inggeris. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia.